Connect with:




Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terus berusaha dalam memperluaskan Piala Dunia 2022 kepada 48 pasukan dan sedang mempertimbangkan Kuwait dan Oman untuk dijadikan tuan rumah bersama Qatar.

Infrastruktur Qatar sudah dipergiatkan untuk menganjurkan Piala Dunia Timur Tengah pertama dan Presiden FIFA, Gianni Infantino ingin menambah 16 negara lagi ke dalam 32 pasukan untuk menyertai kejohanan bola sepak tersebut.

Penambahan itu akan menjadikan perlawanan semakin bertambah yang akan menggunakan hanya  lapan stadium di Qatar di aman negara itu merupakan sebuah negara kecil dengan hanya 2.7 juta orang, kebanyakannya pekerja asing.

Infantino telah mencadang untuk menambah pasukan itu dalam Piala Dunia 2022 sejak beberapa bulan lalu dan turut mencadang beberapa perlawanan dianjurkan di Arab Saudi.

Ini telah membangkitkan situasi yang menghangatkan lagi ketegangan kempen pengasingan beberapa jiran negara Arab bagi menentang Qatar. Manakala Kuwait telah berusaha untuk memperlahankan krisis tersebut.

FIFA kini melihat Kuwait dan Oman sebagai negara yang mempunyai pengetahuan mengenai situasi tersebut dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana rundingannya adalah sulit. Infantino melawat Kuwait bulan lepas dan Oman pada hari Ahad lalu.

Kuwait dan Oman kekal berkecuali dalam kemelut diplomatik yang mula tercetus sejak Jun 2017. Negara-negara teluk lain melancarkan boikot terhadap Qatar atas tuduhan yang menyokong kumpulan ekstremis, tetapi ia dinafikan oleh Qatar.

Sebelum ini, pendirian untuk memperluaskan Piala Dunia telah dipersetujui oleh ahli FIFA dengan 48 pasukan yang dirancang untuk Piala Dunia 2026 yang dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Infantino akan mengumumkan secara rasmi cadangan tersebut pada April nanti sambil dia mahu memantau perkembangan Piala Dunia 2022, walaupun Qatar tidak dapat menampung 16 lagi perlawanan. –AP

Foto : AP