Connect with:




UEFA mendenda kelab Perancis Lyon semalam akibat tingkah laku perkauman dan berlakunya kekecohan orang ramai pada perlawanan Liga Europa minggu lepas menentang CSKA Moscow.

Dalam pada itu, lebih kurang 150 penyokong Lyon bertembung dengan polis membuat rusuhan menjelang perlawanan di Bandar Perancis dengan menyebabkan lapan pegawai cedera. Terdahulu, Lyon sudah digantung selama dua tahun dari April 2017 dan pergantungan masih berjalan.

Insiden tersebut terjadi sebelum perlawanan pusingan kedua Piala UEFA antara kelab Lyon dan CSKA Moscow apabila seramai 100 dan 150 penyokong mengepung polis di luar stadium, yang menjadi tuan rumah perlawanan akhir Liga Europa.

Rusuhan itu berterusan di dalam stadium dan Badan Tatatertib UEFA telah mengenakan denda ke atas Lyon disebabkan lemparan objek, membaling bunga api dan tingkah laku perkauman.

Menurut L’Equipe, akhbar sukan Perancis, melaporkan bahawa UEFA menyatakan bahawa tuduhan tersebut berkaitan dengan simbol-simbol Nazi yang dipaparkan di dalam stadium.

Kes itu akan diputuskan pada 31 Mei dan Lyon sudah mempunyai dua tahun penggantungan larangan Eropah kepada mereka dari April 2017 selepas penyokong mereka memberontak di luar dan di dalam stadium serta menggangu perlawanan Liga Europa menentang pasukan Besiktas Turki.

Pasukan Rusia menang 3-2 pada malam itu untuk mara ke peringkat suku akhir di mana mereka akan bertemu dengan Arsenal di London. – AFP

Foto Kredit: AFP