Connect with:




Sukan tarian, breakdancing, papan selaju, sport climbing, dan luncur ombak berkemungkinan bakal dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik 2024 yang akan berlangsung di Paris.

Perkara itu diumukan oleh jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 yang mahu mengetengahkan acara tersebut dengan menghantar kertas kerja kepada Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada hujung bulan depan (26-28 Mac).

Jika perkara diterima, ianya akan dibawa ke Persidangan IOC pada Jun 2019 bagi membincangkan senarai acara berkenaan dengan lebih terperinci.

Difahamkan, Sukan Olimpik Tokyo 2020 menyaksikan acara baharu seperti luncur ombak, sport climbing dan papan selaju bakal dipertandingkan.

Persekutuan Tarian Sukan Dunia (WDF) juga pernah mengendalikan acara pertandingan tarian hip-hop jalanan yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia bermula era 70 an ini pada Sukan olimpik Remaja 2018 yang berlangsung di Buenos Aires.

Kini, lebih daripada 40 buah negara terbabit dalam acara papan selaju pada pusingan kelayakan ke Olimpik sejak badan tadbir papan selaju, World Skate menganjurkan kejohanan dunia pertamanya tahun lepas di China.

Nika Kramer/Red Bull