Connect with:




Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer telah membangkitkan spekulasi mengenai masa depannya dengan mengesahkan bahawa kontraknya bersama kelab Norway telah tamat.

Solskjaer tiba di Old Traffod dengan kontrak secara pinjaman sehingga akhir musim 2018-19 musim, selepas pemecatan Jose Mourinho pada bulan Disember lalu.

Ketua Eksekutif Molde, Oystein Neerland mengatakan bahawa mereka gembira untuk ‘memberi pinjaman’ pengurus mereka kepada United dan berharap untuk Solskjaer kembali semula ke peranannya di Molde pada Mei ini.

Namun sebaliknya, pengurus berusia 46 tahun itu bercakap kepada Fotballklubben.

“Saya tidak pasti bagaimana ia diuruskan. Saya fikir kontrak itu tamat tempoh dan saya kini di bawah kontrak dengan Manchester United. Saya fikir kita memerlukan kontrak baru di sana (di Molde),” jelasnya.

Solskjaer telah menandatangani perjanjian dengan United sehingga hujung musim ini dan sekiranya kembali ke Molde akan diuruskan oleh kelab dan persetujuan pengurus.

Difahamkan pengurus tidak boleh mempunyai kontrak dengan dua pasukan yang berlainan pada masa yang sama.

Beberapa minggu sebelum bersetuju untuk bekerja sementara di United, Solskjaer telah menandatangani perjanjian selama tiga tahun untuk bersama Molde.

Solskjaer telah menjadi pengurus kesayangan penyokong United selepas membawa kegembiraan kepada kelab selepas pemecatan Mourinho.

Solskjaer akan memimpin pasukannya melawan Paris St Germain di pusingan Liga Juara-Juara 16 pada hari Rabu. United tewas 2-0 dari perlawanan pertama bulan lalu pada Februari bakal menghadapi tugas sukar untuk mara ke suku akhir. – Dailymail.co.uk

Foto : Reuters.uk