Sebanyak 133 pingat emas yang dipertaruhkan sepanjang lima hari sukan olahraga pada kejohanan Para Asean Kuala Lumpur 2017 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukt Jalil bermula hari ini.

 
Bagi skuad olahraga negara, 40 pingat emas menjadi sasaran buat kontinjen negara kita, sudah pasti atlet dari acara padang seperti Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly menjadi harapan negara untuk mengaut kesemua emas bagi acara lontar peluru dan lompat jauh kategori lelaki.

 
Pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 yang lalu, atlet paralimpik Malaysia juga menjadi harapan negara untuk meraih pingat dalam acara balapan dan padang pada temasya tersebut.

 
Bagi acara balapan dan padang dijangka akan berlangsung pada hari ini (Isnin) dan melabuhkan tirai di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.

 
Pada sukan Para Asean Singapura 2015 yang lalu, kontinjen Malaysia hanya meraih keseluruhan pingat sebanyak 53 iaitu 27 emas, 18 perak dan 8 gangsa, namun didominasi oleh kontinjen dari Thailand dengan 30 emas, 32 perak dan 22 gangsa.

 
Fokus seterusnya buat atlet paralimpik Malaysia pada temasya Sukan Para Asia Jakarta, Indonesia 2018.

 

Foto kredit: Asiana.My