Liverpool menamatkan kempen Piala EFL Carabao lebih awal apabila tewas 2-0 ditangan Leicester City dalam perlawanan pusingan ketiga kalah mati awal pagi tadi.

Walaupun The Reds diperkuatkan dengan beberapa pemain tonggak seperti Phillipe Countinho, Giorginio Wijnaldum dan Oxlaide-Chamberlain namun mereka gagal menahan asakan yang dibuat oleh The Foxes.

Gol pertama pasukan tuan rumah terhasil melalui Shinji Okazaki pada minit ke-65 perlawanan sebelum bintang Algeria, Islam Slimani menambah duka buat pasukan pelawat dengan gol rembatan luar kotak penalti cantik pada minit ke-77.

Kekalahan ini bermaksud anak-anak buah Jurgen Klopp tidak menang dalam 4 perlawanan terkini mereka.

 

Foto kredit: Leicester City Football Club