Connect with:




Kehangatan Sukan Olimpik Tokyo 2020 semakin dirasai.  Acara sukan antarabangsa mengikut tradisi ini berlangsung pada 24 Julai sehingga 9 Ogos 2020 di Tokyo. Selain maskot yang menjadi perhatian seluruh dunia, obor Olimpik juga memainkan peranan besar bagi menyemarakkan kemeriahan ‘pre’ kejohanan sebelum bermula.

Jawatankuasa penganjur dengan bangganya memperkenalkan obor di bandaraya itu semalam yang memberi penghargaan kepada musim bunga sakura yang menandakan bermulanya musim bunga di negara itu.

Mengambil inspirasi daripada bunga sakura, edisi kali ini menyaksikan obor berkenaan dari pandangan atas kelihatan seperti bentuk bunga yang direka oleh Tokujin Yoshioka.

Bunga sakura yang dilukis kanak-kanak di kawasan yang ditimpa bencana (di Fukushima) memberi inspirasi kepada perekanya

Lebih menarik, ia diukir menggunakan teknologi yang sama seperti pembuatan keretapi laju Jepun (bullet train).

Setiap satu daripada lima ‘kelopak’ itu akan menghasilkan api yang akan menyatu membentuk nyalaan yang lebih besar di bahagian tengah menjadikan rekaan tersebut lebih istimewa.

“Bunga sakura yang dilukis kanak-kanak di kawasan yang ditimpa bencana (di Fukushima) memberi inspirasi kepada saya,” kata Yoshioka.

Selain itu, simbol keamanan turut ditonjolkan apabila obor berkenaan diperbuat daripada sisa aluminium daripada unit pembinaan perumahan untuk mangsa tsunami 2011.

Obor yang disadur emas rona ‘regal rose’, mempunyai berat 1.2kg dan panjang 71 sentimeter.

Larian obor Olimpik akan bermula di Fukushima, 26 Mac 2020 dan berakhir di Tokyo pada 10 Julai 2020.

Difahamkan, penganjur temasya Olimpik sebelum ini mengejutkan seluruh dunia apabila mendedahkan pingat yang diberi kepada pemenang akan diperbuat daripada gajet lama.