Connect with:




Kecederaan yang dialami oleh pemegang gelaran NXT Championship, Tomasso Ciampa menyebabkannya terpaksa melepaskan gelaran itu untuk dipertandingkan semula bagi mencari pemenang baharu di NXT Takeover New York. Pertarungan untuk pemegang gelaran yang baru akan ditentukan oleh Adam Cole dan Johnny Gargano dalam pertarungan 2 out of 3 falls. Ayuh kita lihat maklumat dan pencapaian antara kedua-dua ahli gusti ini.

Adam Cole

Debut WWE : 2017

Umur : 29 tahun

Tinggi : 1.83 m (6 ft 0 in)

Berat : 95 kg (210 lb)

Gelaran : Adam Cole Bay Bay

Signature Moves : Last Shot

Pencapaian : NXT North American Championship, NXT Tag Team Championship (bersama Kyle O’Reilly, Roderick Strong dan Bobby Fish (Undisputed ERA)) dan Dusty Rhodes Tag Team Classic (bersama Kyle O’Reilly).

 

Johnny Gargano

Debut WWE : 2015

Umur : 31 tahun

Tinggi : 1.78 m (5 ft 10 in)

Berat : 90 kg

Gelaran : Johnny Wrestling

Signature Moves : Lawn Dart

Pencapaian : NXT North American Championship, NXT Tag Team Championship (bersama Tommaso Ciampa (DIY)) dan NXT Year End Awards (3 kali).

 

Melihat kepada rekod peribadi, kedua-dua mereka nampak seimbang untuk memenangi gelaran NXT Championship buat kali pertama. Selain daripada pertarungan ini, terdapat empat lagi pertarungan menarik antaranya:

NXT Women Championship (Fatal Fourway Match)

Shayna Baszler (C) vs Kairi Sane vs Io Shirai vs Bianca Belair

NXT Tag Team Championship

War Raiders (Rowe dan Hanson) (C) vs Aleister Black dan Ricochet

NXT North American Championship

Velveteen Dream (C) vs Matt Riddle

WWE United Kingdom Championship

Pete Dunne (C) vs WALTER

# Sportskeeda