KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin telah melancarkan Persatuan Bolasepak Nuha dalam satu acara ringkas di Kompleks Bakti Penyayang dekat sini semalam.

Nuha FC yang telah ditubuhkan dalam bulan Disember 2011 dengan ujuan untuk menyediakan platform aktiviti riadah dan rekreasi yang teratur, disamping mengasah bakat-bakat muda dalam sukan bolasepak di kalangan remaja di Bandar Sri Damansara dan kawasan persekitarannya seperti Damansara Damai, Bandar Bukit Manjalara, dan Sungai Penchala.

Nuha FC juga berharap dapat melahirkan barisan pemain bolasepak remaja yang berpengetahuan tinggi dalam permainan bolasepak, berdisiplin, komited, dan mempunyai semangat juang yang tinggi, sekaligus membantu usaha badan induk bolasepak negara dalam misinya untuk mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak Malaysia dengan melahirkan barisan pemain yang berkaliber.

Buat masa ini Nuha FC mempunyai pasukan Bawah 10, 12, 15 dan 17 tahun dengan mengenakan bayaran sebanyak serendah RM30 sebulan.

Lebih membanggakan pasukan Bawah 10 Tahun telah mara sehingga peringkat suku akhir di Liga PNSB yang diadakan baru-baru ini.