Nama : Intan Julianie Mansor
Nama Panggilan : Ell
Umur : 24
Tarikh Lahir : 17/9/87
Tempat Lahir : Hospital Kuala Lumpur
Pendidikan: Degree in Mass Communication UKM
Status : Bujang
Hobi : Menonton wayang & masak
Cita-cita : Cita-cita dari kecil nak jadi doktor psikologi
Penyanyi diminati : Rossa & anuar zain
Pelakon diminati : Tan Sri P.Ramlee & ashton kutcher
Makanan disukai : Char kuay tiaw & semua jenis kek
Tempat Percutian yang diminati : Pulau atau tanah tingi
Famili, berapa adik beradik : Pertama dari 3 adik beradik

1) Ceritakan sedikit tentang diri anda.
Simple, friendly boley bercampur dengan semua orang & peramah sebab memang jenis banyak cakap. Kurang penyabar dan agak panas baran sebenarnya. Paling tak boleh tengok SALES sebab jenis boros akan shopping. Sangat suka kan pink, putih dan hitam. workerholic dan komited pada kerja.

2) Sejak bila anda mula meminati sukan bola sepak?
5 tahun lepas sebab zaman kampus mojoriti kawan dengan lelaki, jadi aktiviti malam banyak lepak mamak untuk tengok bola. Salah seorang penyokong Liverpool & Sepanyol tapi dah hilang arah nak sokong siapa selepas Fernando Torres tukar kelab.

3) Adakah Ellice turut mengikuti perkembangan bola sepak di luar negara?
Kadang-kadang baca akhbar dan tengok berita sukan

4) Pada pandangan Ellice, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemain bola sepak yang hebat?
Mempunyai stamina dan kesihatan fizikal & mental yang baik, komited dan berdisiplin. Sukan kan perlu banyak latihan bagi membantu kejayaan seseorang atlet.

5) Siapakah pemain Malaysia yang anda minati, dan mengapa?
Hero Malaya, Safee Sali sebab beliau beraksi hebat sebagi penyerang hebat Malaysia dalam perlawanan menentang Liverpool tempoh hari.

6) Sekiranya anda diberi peluang untuk “date” dengan pemain bola sepak Malaysia, siapakah yang akan anda pilih?
Kalau boleh nak jumpa satu skuad harimau malaya. Boleh?

7) Apakah yang akan anda lakukan ketika waktu lapang?
Tengok wayang atau duduk di rumah kemas rumah dan berehat, suka tidur lama-lama.

8) Berikan tiga ciri lelaki yang disukai dan tiga ciri lelaki yang tidak disukai
suka
-penyabar/cool
-bijak
-penyayang

tak suka
-perokok/pemabuk
-panas baran
-pengotor