Connect with:




Esports semakin mendapat perhatian selepas sukan atas talian ini diumumkan sebagai sukan demonstrasi yang akan bertanding dalam temasya besar Sukan Asia yang berlangsung pada 18 Ogos-2 September depan.

Walaupun kemenangan tidak akan dikira dalam kiraan kutipan pingat, namun esports bakal menjadi inspirasi dan tunjang utama dalam sesebuah kejohanan beprestij tidak lama lagi.

Wakil Pro Evolution Soccer (PES), Mohamad NorHaikal bersama Muhamad Khairul Abdul Aziz menzahirkan rasa teruja apabila berpeluang menjadi wakil Malaysia dalam kejohanan gemilang ini.

Mereka merupakan satu-satunya pasukan esport dari Malaysia yang akan bersaing di Sukan Asia nanti.

Jadual Perlawanan Sukan Demonstrasi Esports di Sukan Asia, Jakarta Palembang 2018.

Perkara yang anda perlu tahu mengenai esports di Sukan Asia 2018:-

1- PES merupakan permainan video bola sepak dimana pemain mengawal pasukan yang terdiri daripada 11 pemain dan cuba untuk menjaringkan gol sebanyak mungkin untuk menang.

2- Sebanyak enam jenis permainan video yang diketengahkan di Sukan Asia, tetapi Malaysia hanya menghantar wakil bagi permainan video PES.

3- Hal ini kerana hanya Haikal dan Khairul sahaja yang melepasi kelayakan Asia Tenggara pada Jun lalu.

4- Selain Malaysia, negara yang akan bersaing dalam acara berkenaan adalah Indonesia (Automatik), Vietnam, Japan, Hong Kong, Iran, Kazakhstan dan India.

5- Permainan video yang akan bertanding di Sukan Asia nanti adalah League Of Legends, Starcraft II, Pro Evolutin Soccer, Hearthstone termasuk dua lagi permainan telefon pintar iaitu, Clash royale dan Arena of Valor.

6- Pingat yang dimenangi tidak dikira sebagai kutipan pingat secara rasmi.

Foto Kredit: officialpesmy


* Anda nak menang hadiah misteri dari Dunia Sukan? Ayuh, jadi komuniti kami dan menangi pelbagai hadiah menarik dengan klik https://duniasukan.com/my-account/