Connect with:




Sebelum ini heboh memperkatakan nilai pemain Liga Super Malaysia bermula dari pemain import hinggalah pemain tempatan. Oleh kerana, Liga Super Malaysia merupakan antara liga terbaik di Asia Tenggara, sudah pasti menarik ramai pemain luar untuk bermain di Malaysia.

Menggunakan data yang diambil berdasarkan harga pasaran yang dibuat di laman web www.transfermarkt.co.uk. Kami senaraikan nilai pasaran semasa yang ditetapkan bagi kesemua 12 pasukan yang beraksi di Liga Super Malaysia 2019. Kebiasaannya nilai pasaran dikira melalui prestasi semasa pasukan, nilai pasaran setiap pemain dan potensi yang dimiliki oleh sesebuah pasukan.

Seperti yang dilaporkan pemain import Johor Darul Takzim (JDT) dari Brazil, Diogo Luis Santo dinobatkan sebagai pemain paling mahal Liga Super Malaysia 2019 dengan nilai pasarannya dianggarkan RM4.8 juta.

Manakala bagi pemain tempatan pula diungguli oleh bekas ketua pasukan kebangsaan dan juga pemain Melaka United, Safiq Rahim dengan dinilai pada harga RM1.9 juta dan diikuti pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar dengan nilai RM1.6 juta.

Bagi pemain muda tempatan bawah 22 tahun pula, Syahmi Safari dinobatkan paling mahal dengan nilai RM485,000. Pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia 2018, Safawi Rasid diletakkan ditempat kedua dengan nilai RM366,000 serta Akhyar Rashid dikedudukan ketiga dengan nilai pasaran sebanyak RM242,000.

Walaupun laman web berkenaan meletakkan nilai tertentu ke atas seseorang pemain, namun kuasa meletakkan nilai sebenar tetap berada di tangan kelab mereka.

Untuk maklumat lanjut, kami senaraikan harga setiap kelab serta pemain import dan tempatan paling mahal dalam setiap pasukan. Berikut adalah senarai tersebut:

 

  1. Johor Darul Takzim (JDT)

Nilai Pasukan: RM29.98 juta

Pemain Import: Diogo Luis Santo (RM4.8 juta)

Pemain Tempatan: Natxo Insa (RM3.8 juta)

 

  1. Pahang

Nilai Pasukan: RM14.18 juta

Pemain Import: Ze Love (RM3.4 juta)

Pemain Tempatan: Mohamadou Sumareh (RM1.2 juta)

 

  1. Felda United

Nilai Pasukan: RM13.59 juta

Pemain Import: Jocinei Schad (RM2.4 juta)

Pemain Tempatan: Hadin Azman (RM970,000)

 

  1. Melaka United

Nilai Pasukan: RM12.99 juta

Pemain Import: Liridon Krasniqi (RM2.4 juta)

Pemain Tempatan: Syafiq Rahim (RM1.9 juta)

 

  1. Kedah

Nilai Pasukan: RM12.13 juta

Pemain Import: Jonathan Bauman (RM1.9 juta)

Pemain Tempatan: Baddrol Bakhtiar (RM1.6 juta)

 

  1. Perak

Nilai Pasukan: RM11.54 juta

Pemain Import: Wander Luiz (RM2.6 juta)

Pemain Tempatan: Hafizul Hakim, Shahrul Saad, Nazirul Naim, Nasir Basharudin (RM360,000)

 

  1. Terengganu

Nilai Pasukan: RM9.60 juta

Pemain Import: Sanjar Shaakhmedov (RM3.8 juta)

Pemain Tempatan: Mohd Ashaari Samsudin (RM485,000)

 

  1. Kuala Lumpur

Nilai Pasukan: RM9 juta

Pemain Import: Guilherme de Paula (RM1.6 juta)

Pemain Tempatan: Indra Putra Mahayuddin (RM366,000)

 

  1. Selangor

Nilai Pasukan: RM8.03 juta

Pemain Import: Taylor Regan (RM1.2 juta)

Pemain Tempatan: Syahmi Safari (RM485,000)

 

  1. PKNS

Nilai Pasukan: RM6.31 juta

Pemain Import: Gabriel Guerra (RM971,000)

Pemain Tempatan: Qayyum Marjoni, Shahrul Azhar, Nazrin Syamsul, Alif Haikal (RM366,000)

 

  1. PKNP

Nilai Pasukan: RM5.61 juta

Pemain Import: Giancarlo Lopes Rodrigues (RM2.1 juta)

Pemain Tempatan: Ibni Khozaimi (RM242,000)

 

  1. Petaling Jaya FC

Nilai Pasukan: RM4.85 juta

Pemain Import: Elizeu (RM1.2 juta)

Pemain Tempatan: Safee Sali (RM366,000)