Connect with:




Nike mengumumkan menandatangani kontrak professional untuk seorang atlet kekurangan upaya iaitu Justin Gallegos sebagai duta mereka minggu lepas.

Kontrak selama 3 tahun itu adalah bersempena Hari Kesedaran Cerebral Palsy Sedunia pada 6 Oktober lalu. Gallegos yang merupakan ahli kelab olahraga University Of Oregon itu kerapkali menyertai acara marathon walaupun mempunyai penyakit saraf celebral palsy sejak lahir.

Jenama sukan terkemuka dunia itu turut mencipta kasut khas buat Gallegos berjenama Nike Air Zoom Pegasus 35 FlyEase.

Ikuti ucapan penuh beliau mengenai hari bersejarah ini dilaman Instagram peribadinya.