Connect with:




Memilih kasut larian sebenarnya sangat mudah. Pergi ke kedai sukan, cari yang mana anda berkenan dan kemudian bayar. Dah bayar, sarung dan boleh mulakan latihan larian anda.

Namun beberapa hari, minggu atau bulan kemudian, mesti ada suara-suara menyesal apabila memilih kasut yang salah dan mendatangkan kecederaan. Ya, memilih kasut larian sangat mudah, tetapi memilih kasut yang benar-benar bersesuaian dengan anda, mungkin agak sukar.

Antara rungutan paling kerap didengari bila memilih kasut yang salah adalah kecederaan. Disini lah kehebatan kasut yang kami terima dari pihak Nike iaitu Nike React Infinity Run. Ia adalah kasut yang sangat berkesan untuk melindungi kaki anda dari sebarang kecederaan semasa berlari.

Kami tak perlu menyediakan hujah yang begitu panjang lebar. Anda lihat sendiri bagaimana laman-laman web kasut lain memberi rating yang tinggi untuk kasut ini. Runningshoesguru memberi markah 9/10 sementara FleetFleet menyatakan ini adalah kasut terbaik untuk membetulkan postur larian anda.

Bagi Dunia Sukan yang sempat memakai dan merasai sendiri pengalaman menggunakan kasut ini semasa berlar beberapa hari sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) dikenakan kepada rakyat Malaysia, Nike React Infinity Run sememangnya membantu dalam mencegah kecederaan kaki anda.

Ia kasut berkualiti yangmenggabungkan dua elemen teknologi – keberkesanan biomekanikal dan cushioning (penyerapan hentakan).

The Nike React Infinity Run telah menjalani ujian di British Columbia Sports Medicine Research Foundation (BCSMRF) dimana 226 pelari mengambil ujian tersebut. Ujian mendapati kasut Nike React Infinity React mengalami 52 peratus kurang tahap kecederaan berbanding kasut kawalan pergerakan. Para pelari juga mengakui kurang rasa sakit di bahagian lutut dan tapak kaki.

Apa yang penulis suka mengenai kasut ini adalah keberkesanan dalam menyerap hentakan ketika kaki kembali ke tanah. Memang padu. Ia sekaligus memberikan keselesaan untuk melakukan latihan.

Jika disuruh menulis satu perkara yang tak disukai mengenai kasut ini, penulis merasakan mungkin ada pelari-pelari otai yang kurang menggemarinya kerana ia terlampau menyokong kaki sehingga memberi batasan untuk pergerakan.

Bagaimanapun itu sebenarnya mungkin hanya dialami beberapa individu sahaja. Penulis tetap merasakan kasut ini sangat bagus untuk dijadikan kasut latihan bagi melindungi kaki pelari sebelum hari pertandingan sebenar.

Nike React Infinity Run kini boleh dibeli di pasaran dengan harga RM 649.

Bagi geng-geng running di kawasan Mount Kiara, buat masa ini, duduklah di rumah dahulu. Habis sahaja Perintah Kawalan Pergerakan, sebelum anda kembali melakukan aktiviti larian, dapatkan terlebih dahulu Nike React Infinity Run.