Connect with:




Jenama sukan terkenal, Nike pada Januari lalu menampilkan edisi terbaharu kasut mereka yang dievolusikan dari koleksi terkenal Hypervenom iaitu Phantom VNM.

Kali ini, meeka bawakan Nike Phantom VNM yang menjadi pilihan penyerang-penyerang prolifik seperti Harry Kane dan Alex Morgan.

Berbeza dengan koleksi Hypervenom, Phantom VNM dilengkapi dengan beberapa ciri baharu yang pastinya akan membantu penyerang dalam meningkatkan prestasi mereka di atas padang.

Ada 3 fungsi baharu yang sangat unik ada pada kasut ini – panmpilan Percision PWR, penambahan ruangan ‘strike zon’ serta penggunaan plat HyperReactive 2.0

Kelebihan ketiga-tiga fungsi baharu ini boleh dirujuk menerusi video di bawah.

Jika anda mempunyai bersaiz 8 (US), ini ada satu berita gembira. Anda berpeluang untuk memenangi sepasang kasut PHANTOM VNM.

Caranya sangat mudah.

Pertama, muat turun applikasi pintar Dunia Sukan sama ada di App Store atau Google Play.

Kedua, pilih satu fungsi baharu dari 3 yang dinyatakan di atas dan mengapa anda memilih fungsi tersebut. Nyatakannya di rungan komen di bawah.

Jika anda belum menjadi subscriber Dunia Sukan, pastikan anda mendaftar (percuma) di https://duniasukan.com/my-account/ terlebih dahulu dan isi ruangan dengan lengkap. Ini kerana hanya komen dari mereka yang melengkapkan borang pendaftaran subscriber dengan lengkap sahaja diterima.

Tarikh tutup giveaway ini adalah pada 1 April 2019. Pihak Dunia Sukan akan memilih komen paling kreatif dan padu sebagai pemenang.

Ingat, kasut yang ditawarkan ini saiz 8 US. Kalau anda dipilih sebagai pemenang tetapi kaki saiz 10, kami tak boleh tolong kecilkan kaki anda.

Selamat mencuba.