Connect with:




Peminat-peminat model Magista oleh Nike menerima kejutan tempoh hari apabila syarikat pengeluar kasut berjenama terkemuka dunia itu mengambil keputusan untuk memberhentikan pengeluaran model berkenaan.

Namun, berita baik muncul apabila Nike Phantom Vision pula hadir kali ini dengan reka bentuk yang lebih menarik dan warna yang mengancam bagi menggantikan Magista.

Jika sebelum ini model Magista terkenal dalam kalangan ‘playmaker’ atau midfielder yang licik, Phantom Vision juga menggunakan pemain mempunyai karakter yang sama seperti Kevin De Bruyne (Belgium/Man City) dan Phillipe Countinho (Brazil/Barcelona) sebagai duta.

Keselesaan merupakan faktor utama dalam rekaan kali ini dengan beberapa teknologi baharu diperkenalkan. Dari bahagian dalam kasut, sehinggalah reka bentuk bahagian luar permukaan semuanya diambil kira untuk edisi kali yang dilihat lebih futuristik dan moden.

Quadfit-Mesh

Antara salah satu teknologi yang baru diperkenalkan ialah Quadfit-Mesh dimana ia direka untuk ‘membalut’ kaki dengan tidak terlalu ketat, sambil mengekalkan bentuk asalnya ketika bermain tanpa overstretch.

Fabrik unik Quadfit yang digunakan akan mengurangkan geseran pada kasut dan kaki dari sebelah dalam yang mampu meningkatkan prestasi anda untuk melakukan kawalan bola. Bagi pemain yang sukakan kasut yang melekap dan ‘fit’ kepada kaki, model ini merupakan pilihan paling tepat untuk anda.

Ghost Lace System

Selain itu, teknologi Ghost Lace System pula menampilkan tali kasut yang kebiasaannya terlihat disebelah luar kali ini dilindungi di sebelah dalam. Hal ini menyebabkan kasut tersebut dilihat seakan-akan tidak mempunyai tali kasut.

Tali kasut seperti ini lebih unik apabila hanya dua pautan sahaja untuk mengikat talinya. Ia bermakna hanya tali yang pendek digunakan dalam ikatannya. Talinya berada dibawah lapisan ‘Quadfit-Mesh’ sebelah hadapan kasut yang akan memberi kelebihan untuk melakukan adjustment tidak terlalu ketat atau longgar.

3D Texture Pass Area

Di sebelah tepi kasut pula terdapat satu bahagian yang mempunyai tekstur getah 3D yang akan membantu dari segi geseran ketika membuat hantaran. Di kawasan ini mempunyai bentuk 3D triangulal meliputi 3 kawasan tunjang utama kaki iaitu calcaneus, talus, dan first metatarsal yang akan memberikan lebih keselesaan dan kawalan ketika menerima dan menghantar bola.

Traction Plate

Untuk bahagian tapak pula, Phantom Vision tampil dengan reka bentuk lebih agresif dimana bentuk triangulal menggantikan reka bentuk asal soleplate yang biasa. Tujuan reka bentuk seperti ini adalah untuk meningkatkan lagi momentum ketika larian dibuat.

Tapak yang memberi lebih cengkaman ini akan meningkatkan lagi stability seseorang pemain untuk menukar arah ketika beraksi diatas padang. Dengan memasukkan elemen All Conditions Control (ACC), kasut ini juga sesuai digunakan di setiap jenis permukaan padang tidak kira sintetik mahupun rumput asli.