Connect with:




Mencari bra sukan yang bersesuaian sememangnya antara masalah utama buat kaum wanita yang aktif dengan aktiviti sukan dan kecergasan. Wanita mahukan produk yang dipakai mereka sentiasa selesa dan memberi keyakinan ketika melakukan senaman.

Syarikat pengeluar pakaian sukan terkemuka, Nike baru-baru ini telah melancarkan dua produk baharu bagi memenuhi keperluan wanita di seluruh dunia.

“Bra sukan yang terbaik mampu mengubah kehidupan seseorang wanita” jelas Nicole Rendon, Pengarah Kreatif Kanan Bahagian Bra Wanita dan Inovasi Nike.

Menurut Rendone, menerusi dua model baharu Nike yang telah menjalani proses inovasi iaitu Nike Swoosh One Piece Pad Sports Bra dan Nike Ultrabreathe Sports Bra, wanita di luar sana tidak lagi perlu runsing dengan masalah yang dihadapi ini.

NIKE SWOOSH ONE PIECE PAD

Nike Swoosh One Piece Pad dapat menyelesaikan masalah pad yang sering terkeluar dan menyebabkan ketidakselesaan. Bahagian ini berisiko untuk terkeluar dari bra ketika dibasuh dalam mesin basuh.


Model ini dicipta hasil kajian demografi terhadap wanita-wanita dari pelbagai jenis latar belakang. Penggunaan fabrik yang lebih kuat dan berkualiti menjadikannya lebih selesa dan menyokong bahagian dada.

NIKE ULTRABREATHE SPORTS BRA

Bagi mereka yang memiliki masalah berpeluh di bahagian payudara pula, situasi baju basah mungkin menyebabkan sebahagian daripadanya rasa malu dan kurang keyakinan ketika bersenam.
Nike telah mencipta Nike Ultrabreathe Sports Bra bagi menyelesaikan masalah ini.

Kumpulan penyelidik Nike menyediakan bra sukan yang ringan serta mempunyai sistem pengudaraan yang lebih baik bagi memberikan keselesaan kepada tubuh badan.

Kedua-dua model ini boleh di dapatkan di butik serta laman web Nike.com.