Nike telah melancarkan set jersi terbaharu untuk pasukan bola sepak kebangsaan hari ini. Sesuai dengan tema haiwan kebanggaan negara iaitu Harimau Malaya, jersi ‘home’ kali ini berwarna kuning dengan elemen belang hitam pudar. Logo Persatuan Bola Sepak Malaysia dan ‘swoosh’ Nike hitam bakal menjadi penyeri di bahagian dada kiri dan kanan.

Bagi jersi ‘away’ pula, Nike telah mengenakan elemen bendera kebangsaan iaitu Jalur Gemilang iaitu warna merah dan biru menjadi pilihan warna utama. Berbeza rekaan dengan jersi ‘home’, warna solid blue bakal menjadi warna dibahagian depan manakala merah pula dibahagian lengan. Seluar putih dan stoking biru pula bakal menjadi pilihan untuk skuad negara kita untuk melengkapi set jersi ini.

Pelancaran jersi ini pasti menjadi pemangkin semangat buat pasukan negara kita yang bakal sibuk untuk baki kejohanan yang bakal berlangsung seperti Piala AFF Suzuki, U-16 Asia dan Sukan Asia Jakarta.

Jersi ini akan dijual kepada umum bermula September nanti.