Connect with:




Dua edisi mercurial ‘Fire & Ice Pack’ dikenakan oleh Neymar (PSG) dan Cristiano Ronaldo (Portugal)

Jenama sukan terkemuka dunia, Nike baru-baru ini melancarkan koleksi baru untuk kasut bola sepak iaitu ‘ Fire & Ice’ Pack. Koleksi boot Fire & Ice ini merupakan koleksi terbesar daripada Nike, dengan 8 pilihan kasut yang bakal dipakai oleh pemain-pemain professional (4 ice dan 4 fire).

Warna utama bagi koleksi kali ini ialah merah ‘University Red’ (fire) dan biru ‘Gamma Blue’ (ice) untuk setiap jenis kasut. Kasut yang dimaksudkan ialah Tiempo, Mercurial, Magista dan Hypervenom. Setiap kasut mewakili perwatakan masing-masing untuk pemain yang memakainya.

Koleksi 8 kasut yang telah dikeluarkan dalam pack kali ini

Pemain-pemain ‘superstar’ dunia telah pun dilihat memakai koleksi baru daripada Nike pada bulan ini. Nama-nama seperti Marcus Rashford dan Neymar memilih untuk ‘PLAY FIRE’ dengan mengenakan Mercurial Superfly 5 merah manakala Cristiano Ronaldo dan Eden Hazard memilih untuk ‘PLAY ICE’ dengan model yang sama bewarna biru.

Kami di Dunia Sukan diberi peluang oleh Nike Malaysia untuk mencuba sepasang kasut Mercurial Superfly 5 Fire ‘hi-cut’ dan mari kita lihat apa yang ditawarkan oleh Nike dalam koleksi terbaharu mereka ini.

  1. Warna

Warna dominan oren dan merah untuk Mercurial Fire

Warna yang dipilih oleh Nike untuk koleksi kasut-kasut mereka sememangnya sebelum ini terkenal dengan warna ‘striking’. Maka tidak terkecuali untuk kasut koleksi kali ini dengan warna merah ‘University Red’ dan oren yang sangat menarik perhatian ketika berada diatas padang. ‘Swoosh’ logo Nike dan tapak kasut pula berwarna hitam manakala stud bewarna oren.

  1. Teknologi

‘FlyWire’ & ‘FlyKnit’

Mercurial Superfly 5 kali ini juga menggunakan teknologi ‘FlyKnit’ dimana material yang digunakan untuk kasut ini ialah seperti fabrik  yang direka untuk mencengkam mengikut bentuk kaki ketika melakukan larian. Sekeliling kasut pula dapat dilihat seakan-akan tali yang mengikat kasut yang diberi nama ‘FlyWire’ direka khas untuk memberikan lebih keselesaan kepada kaki apabila tali kasut ditarik.

3. Tumit dan ‘DynamicFit collar’

Corak ‘camo’ dibahagian tumit dan kolar ‘DynamicFit’

Kami tertarik dengan rekaan di bahagian tumit kasut dimana terdapat corak ‘camouflage’ berwarna oren dan merah. Selain itu, sepertimana kebanyakan kasut bola sepak moden sekarang, Nike juga menampilkan Mercurial Superfly V dalam versi ‘berkolar’ iaitu hi-cut dibahagian buku lali untuk memberikan lebih perlindungan ketika melakukan pergerakan.

4. Tapak dan stud

 

Tapak dan stud dengan dua warna yang kontra

Tapak untuk versi ini bewarna hitam dan swoosh logo Nike yang kecil bewarna oren. Seperti kebanyakan kasut model Mercurial FG (Firm Ground) yang lain, kasut ini juga mempunyai stud jenis  ‘blade’ berwarna oren. Jenis stud seperti ini memberikan lebih cengkaman berbanding jenis stud-stud yang lain ( bulat dan kon ) memandangkan  anda boleh melakukan ‘turn’ dengan lebih pantas oleh kerana kurangnya geseran rintangan dengan permukaan rumput ketika membuat larian.

 

Kesimpulan

Didatangkan dengan ‘gymsack’ versi Mercurial

Secara keseluruhannya, kami berpendapat bahawa koleksi kali ini yang dikeluarkan oleh Nike mempunyai keunikan dari segi warna dimana kedua-dua kombinasi warna yang ditawarkan sangat menarik perhatian jika anda sedang beraksi di tengah padang. Dari segi keselesaan, kami boleh beri jaminan kasut ini sangat selesa dipakai kerana teknologi fabrik ‘Flyknit’nya membuatkan kaki anda berasa ringan dan dicengkam.