Connect with:




Bila melihat taman dan kompleks sukan pada masa sekarang, anda dapat lihat ramai yang melakukan aktiviti larian.

Jumlah mereka yang terlibat dalam aktiviti larian memang meningkat namun tidak dinafikan, masih ramai yang menganggap berlari ini satu senaman yang membosankan. Ada diantara kita yang tidak suka berlari dan faktor utama yang menyumbang kepada perkara tersebut adalah kesakitan kaki.

Bagi mereka yang berada dalam kelompok tersebut, mungkin sudah tiba untuk anda mencuba kasut terbaharu dari Nike iaitu Nike Joyride Flyknit.

Teknologi kusyen baharu dari Nike iaitu Joyride memberikan keselesaan maksimum kepada pengguna. Ia merupakan satu sistem yang dicipta Nike menggunakan manik TPE. Manik ini merupakan copolymer gabungan plastik dan getah.

Manik TPE ini diletakkan dalam pod tapak kasut dan ia membantu menyerap impak ketika berlari. Ia boleh diumpamakan seperti buih yang sukar dipecahkan.

Joyride terhasil selepas menjalani sesi eksperimen yang sangat banyak. Bagi mereka yang benar-benar mahukan pengalaman yang penuh selesa dan ‘enjoy’ ketika berlari, Nike Joyride Flyknit adalah sepatu yang perlu diberi perhatian.

Ia mula dijual di pasaran antarabangsa bermula 15 Ogos ini termasuk di Malaysia. Nike Joyride Run Flyknit dijual dengan harga RM 735 untuk versi lelaki dan RM 689 untuk wanita.