Connect with:




Peluang untuk menambah satu lagi pingat emas dalam acara skuasy terbuka cerah apabila ratu skuasy negara, Dato’ Nicol David mengungguli pingat emas yang kelima dalam kategori perseorangan di Sukan Asia yang berlangsung di Jakarta.

Beliau kini merangkul kejayaan sebagai atlet Malaysia paling berjaya di Sukan Asia dengan merekodkan tujuh pingat emas dan sekiranya Nicol dapat mempertahankan pingat emas dalam acara berpasukan, ianya sekaligus menambah satu lagi koleksi pingat emas yang kelapan secara peribadi.

Nicol, yang merayakan ulang tahun ke-35nya semalam, berkerja keras dalam misi perebutan emas bersama rakan senengaranya, S. Sivasangari sebelum memenanginya dengan rekod 11-13, 11-9, 5-11, 11-6, 11-8 dalam perlawanan final di Stadium Squash Gelora Bung Karno.

Anak jati Pulau Pinang itu berkata Sivasangari telah membuktikan dirinya mampu pergi lebih jauh lagi apabila mempamerkan aksi terbaik ketika bersaing.

“Saya fikir dia sudah mempunyai pengalaman yang secukupnya selepas mara ke final Sukan Asia.”

“Dia bakal menjadi pesaing yang sukar dan hebat suatu hari nanti,” kata Nicol.

“Ia merupakan persaingan yang sengit. Saya gembira dengan prestasi saya dan bangga Sivasangari juga memberikan aksi yang hebat.

Sementara itu, Sivasangari memberitahu bahawa prestasi pingat perak memberi inspirasi kepadanya agar lebih berjaya pada masa depan.

Pemain berusia 19 tahun itu berkata dia gembira dengan persembahannya di final dan akan bekerja keras untuk  memenangi pingat yang kedua (peribadi) menerusi acara pasukan.

Foto Kredit: INASGOC/Sakti Karuru/inp/18