Hasrat ratu squash negara, Nicol David untuk mara ke separuh akhir tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain pilihan ketiga kejohanan iaitu Camille Serme dari Francis dalam kejohanan Juara-Juara di New York.
Camille mencatat kemenangan 3-1, 2-11, 12-10, 11-8, 11-5 dalam masa 50 minit. Dalam perlawanan tersebut, Camille terpaksa bekerja keras untuk menewaskan Nicol yang merupakan pemain pilihan keenam kejohanan tersebut.
Camille yang tewas dalam set pertama bagaimanapun berjaya bangkit kembali untuk menyekat kemenangan Nicol sekaligus mencatat kemenangan tiga set berikutnya dan menamatkan cabaran bekas pemain nombor 1 dunia itu dalam Kejohanan Juara-Juara di New York.
Antara pemain ternama yang melayakkan diri ke separuh akhir adalah pilihan pertama kejohanan iaitu Nour El Sherbini dari Mesir, pemain pilihan keempat, Laura Massaro. Pemain pilihan kedua kejohanan, Raneem El Welily pula gagal melayakkan diri ke separuh akhir apabila tewas kepada lawannya.

Foto Kredit : PSA WORLD TOUR