Connect with:




 

Pemain skuasy perseorangan wanita negara, Datuk Nicol David kini memburu emas kali ketiga berturut-turut dalam sukan skuasy menjelang Sukan Komanwel 2018 yang akan memulakan persaingan pada 4 hingga 15 April di Gold Coast, Australia.

Nicol yang memenangi emas dalam edisi sebelum ini pada 2010 dan 2014 sudah pasti ingin melakukan sesuatu yang terbaik di penghujung kariernya  kerana Komanwel yang akan datang belum tentu Nicol dapat menyertainya kerana faktor usianya iaitu 38 tahun.

Ini juga merupakan peluang Nicol untuk bangkit memburu kejuaraan setelah mengalami musim agak suram sebelum ini apabila sering kali terkandas dalam usaha memburu kejuaraan.

Selain itu, Nicol juga menjadi sandaran utama skuad negara untuk memburu emas di sukan berprestij ini selain beberapa lagi pemain harapan negara.

Nicol yang juga merupakan bekas pemain nombor 1 dunia menyertai Sukan Komanwel ketika umurnya 15 tahun yang diadakan di Kuala Lumpur pada 1998 ketika itu.

Foto Kredit : serioussquah.com