Connect with:




Datuk Nicol David memburu gelaran kesembilan selepas berhempas-pulas untuk menumpaskan pemain dari Hong Kong, Annie Au pada kejohanan Dunia di Manchester, awal pagi tadi.

 

dia yang menumbangkan Annie dengan tempoh 33 minit 11-7, 11-3, 10-12, 11-6 untuk menempah tempat ke suku akhir.

 

Dalam peringkat suku akhir, Nicol dijadualkan akan bertemu pemain dari Mesir Raneem El Weleily esok.

 

Nicol turut menyifatkan bahawa perlawanan menentang Annie adalah perlawanan yang sengit membuatkan dia terpaksa membuat percaturan yang rapi untuk menumpaskan lawannya itu.

 

Lawannya esok, Raneem pernah memenangi dua kali Juara dunia, mara ke kelompok lapan terakhir selepas berjaya menundukkan pemain dari England, Victoria Lust 11-5, 15-13, 11-13, 11-5.

 

Pada pertemuan mereka esok, Nicol mendahului sepanjang pertemuan mereka dengan mencatat 18-7, namun Nicol pernah menewaskannya empat pertemuan sebelum ini.

 

Pemain nombor dua dunia itu bagaimanapun akan turun dengan motivasi tinggi selepas menewaskan Nicol dalam empat pertemuan terakhir biarpun rekod pertemuan lebih memihak kepada wakil negara itu dengan 18-7.

 

Foto: MyNewsHub