Connect with:




Persatuan Skuasy Professional Dunia (PSA) telah melakukan undian secara online di laman web  PSA World Tour sepanjang bulan Ogos dan ribuan peminat dari seluruh dunia memilih pemain skuash negara, Datuk Nicol Ann David sebagai atlet skuasy terbaik sepanjang zaman ataupun ‘Greatest Of All Time’.

Petikan dari akaun rasmi @PSAWorldTour

Bagi atlet lelaki pula peminat sepakat memilih bekas pemain skuasy nombor 1 dunia iaitu Jahangir Khan dari Pakistan.

Untuk rekod, Nicole merupakan atlet pertama yang berada di ranking nombor 1 dunia untuk ketegori wanita iaitu selama 109 bulan berturut-turut dari 2006 hingga 2015. Sepanjang tempoh itu beliau telah memenangi 8 kejuaraan dunia.

Atlet kelahiran Pulau Pinang itu juga merupakan penerima termuda anugerah ‘Datuk’ dari negerinya itu atas pencapaian beliau dalam sukan skuasy.

“Saya sangat berbangga dengan pengiktirafan dari peminat skuasy ini, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi saya dan saya berasa rendah diri untuk menerima anugerah seperti ini,” ujar Nicole di laman Twitter beliau.

Foto: Huffington Post