Connect with:




 

Foto Kredit : NFDP Malaysia

Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia (PPBN) atau lebih dikenali sebagai NFDP Malaysia muncul juara dalam kejohanan 15. internationales U14 Pfingstturnier 2018 menewaskan wakil Denmark, FC Midtjylland 4-0.

Foto Kredit : NFDP Malaysia

Lebih membanggakan apabila Mohd Nabil Qayyum dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan setelah mempamerkan permainan terbaik sepanjang kejohanan berlangsung. Penjaga gol NFDP Malaysia, Zulhilmi Sharani pula beraksi cemerlang membantu skuad NFDP termasuklah ketika membantu kemenangan NFDP Malaysia di separuh akhir.

Foto Kredit : NFDP Malaysia

Zulhimi berjaya menyelamatkan tiga sepakan penalti selain membuktikan keupayaan apabila tidak melepaskan sebarang gol sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Kejayaan ini sudah tentu sesuatu yang boleh membanggakan dan sudah tentu akan menjadi pelapis kebangkitan skuad Malaysia pada masa akan datang.

Kejohanan ini juga turut disertai oleh beberapa kelab terbaik dunia seperti Borussia Dortmund, VfB Stuttgart, VfL Bochum, FC Ingolstadt, Wigan Athletics, FC Copenhagen dan beberapa kelab terbaik lagi.

Foto Kredit :  Internationales U14 Pfingstturnier