Connect with:




Bintang utama Brazil, Neymar memberitahu beliau tidak dapat beraksi sekurang-kurangnya sehingga pertengahan bulan Mei.

Dalam pada itu, Neymar yang tampil sebagai pemain termahal dijadualkan bakal menghadapi beberapa pemeriksaan perubatan setelah menjalani pembedahan pada kaki selepas cedera ketika perlawanan liga Perancis menentang Olympique de Marseille 25 Februari lalu.

“Pemeriksaan terakhir adalah pada 17 April dan dari situ saya akan lihat bagaimana perkembangan kesihatan saya,” kata penyerang PSG dalam satu sidang media di Sao Paulo.

“Saya berharap boleh kembali secepat mungkin. Pada minggu lalu, pemeriksaan telah dilakukan dan semuanya memuaskan.

“Ia adalah Piala Dunia. Saya tidak mahu menontonnya di TV,” gurau Neymar.

“Saya mempunyai masa yyang mencukupi untuk membuat persediaan,” katanya.

Beliau merupkan prospek utama untuk membintangi Brazil pada Piala Dunia di Russia, yang berlangsung dari 14 Jun hingga 15 Julai.

Beliau dijangka bakal menjalani latihan dalam sebulan lagi sebelum juara lima kali itu bermain dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Switzerland pada 17 Jun.

Sementara itu, Neymar bermain untuk Brazil pada Piala Dunia 2-14 tetapi terlepas perlawanan separuh akhir yang menyaksikan Brazil tewas 7-1 kepada Jerman berikutan kecederaan.