Connect with:




Kecederaan retak tulang kaki memaksa pemain bola sepak termahal dunia, Neymar untuk berehat selama lebih kurang enam minggu.

Ketika aksi perlawanan yang mencatatkan kemenangan Paris Saint Germain (PSG) 3-1 ke atas perseteruan tradisi, Marseille, Neymar terpaksa menahan kesakitan sambal mengalirkan air mati apabila dikeluarkan dari padang di Parc de Princes.

Neymar menahan kesakitan diusung keluar dari padang.- Foto: AFP

Menurut ayahnya, keputusan untuk melakukan pembedahan belum difikirkan lagi dan kemungkinan, Neymar tidak akan berentap pada pertemuan Liga Juara-Juara dengan gergasi Sepanyol, Real Madrid.

“Walaupun pembedahan belum diputuskan lagi, kita pasti tahu Neymar akan mengambil masa selama enam ke lapan minggu untuk sembuh.

“PSG tahu yang mereka tidak dapat menggunakan Neymar untuk beberapa minggu dan mereka tidak dapat menyenaraikannya untuk sekurang-kurangnya enam minggu,” katanya kepada ESPN Brasil.

Dalam pada itu, pemain Brazil itu akan bertemu dengan doktor pasukan Kebangsaan Brazil bagi memutuskan sama ada penyerang akan memerlukan pembahadan atau sebaliknya.

“Ini adalah masa yang sukar bagi kami. Mereka yang akan memutuskan sama ada dia patut melakukan pembedahan atau tidak. Kami tidak mahu berada dalam keadaan ini. Kami perlu membantu Neymar sebaik mungkin’, kata Neymar Sr, ayah kepada pemain Brazil itu.

Menurut Neymar Sr ketika ditemuramah, kenyataan beliau jelas bercanggah dengan komen jurulatih PSG, Unai Emery yang berkata pemain berusia 26 tahun itu mungkin boleh diturunkan bagi aksi bertemu Real.

PSG ketika ini ketinggalan 3-1 secara agregat dengan Real menjelang pertembungan timbal balik peringkat 16 terakhir di Paris, 7 Mac ini.

Neymar sudah menjaringkan 28 gol dan menggerakkan 16 umpanan gol untuk PSG musim ini.

Neymar ketika ini antara pemain utama skuad kebangsaan Brazil dan memainkan peranan penting bersama pasukan ketika Piala Dunia di Russia pada Jun depan. -Reuters