Selepas hampir pulih daripada menjalani pembedahan tapak kaki kanan pada 3 Mac lalu, bintang bola sepak dunia, Neymar bakal dijadualkan tiba di Paris bagi membuat kemunculan semula bersama pasukannya, Paris Saint Germain (PSG).

Bukan sahaja Neymar mahu beraksi membantu PSG tetapi ianya sekaligus dapat mewujudkan peluang cerah buatnya untuk turun bertarung bersama Brazil pada Piala Dunia 2018 di Rusia yang bakal bermula 40 hari dari sekarang.

Selain itu, ia turut memberi kelagaan buat penyokong Brazil yang mahu melihatnya beraksi walaupun sesetengah pihak di kelab PSG menganggap penampilan Neymar tidak membawa apa-apa kebaikan.

Dalam pada itu, usaha Neymar untuk kembali mengetuai cabaran di Rusia nanti masih samar kerana jurulatih PSG, Unai Emery sendiri mengakui sudah beberapa minggu tidak bercakap dengan Neymar.

Walau bagaimanapun, dia mengharapkan penyerang itu sempat untuk beraksi pada aksi terakhir Liga Perancis musim ini.

“Saya tidak pasti dia akan tiba Jumaat atau Sabtu. Tetapi dia memang akan pulang ke sini,” kata pengendali dari Turki itu. – AFP

Foto Kredit: AS English