Bintang PSG, Neymar sudah bersedia untuk menghadapi kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia apabila meledak satu gol untuk membantu Brazil menang 2-0 ke atas Croatia dalam aksi pemanas badan, semalam.

Neymar yang kembali daripada kecederaan masuk sebagai pemain gantian dan hanya memerlukan 23 minit untuk membuktikan bahawa dia sudah bersedia untuk membantu pasukan Brazil meraih gelaran dunia keenam.

“Saya baru mencapai tahap 80 peratus kemampuan sebenar.

“Tiga bulan yang lalu saya mengalami kecederaan yang teruk dan untuk kembali beraksi serta menjaringkan gol, ia amat menggembirakan.”

Brazil yang menjadi pilihan untuk muncul juara edisi kali ini dilihat tidak mempunyai masalah untuk melepas peringkat kumpulan selepas diundi dalam kumpulan E bersama Serbia, Costa Rica dan Switzerland.

Foto Kredit : riotimesonline(dot)com