Connect with:




Bagi mereka yang telah menonton siri dokumentari ‘F1: Drive to Survive’, anda pasti bersetuju bahawa siri tersebut merupakan dokumentari sukan terbaik pernah Netlix hasilkan.

Dalam siri tersebut, anda dapat lihat bagaimana konflik antara pembekal enjin dengan pasukan seperti yang ditunjukkan ketua Renault, Cyril Abiteboul dengan ketua Red Bull, Christian Horner selain kesukaran Romain Grosjean dalam mengatasi masalah kemurungan.

Paling menarik psudah tentu insiden pelanggaran sesama sendiri pelumba Red Bull ketika perlumbaan di Azerbajian.

Kejayaan dokumentari tersebut akhirnya membawa Netflix untuk menerbitkan musim kedua yang akan bersiaran pada tahun 2020.

Pengarah Hak Media F1, Ian Holmes memberitahu kerjasama dengan Netflix ini akan menampilkan lebih banyak drama menarik di sebalik tabir perlumbaan sepanjang 2019.

Menariknya, untuk musim kedua ini, ia akan memaparkan kesemua pelumba dan pasukan berbanding musim pertama. Satu berita gembira buat peminat Mercedes dan Ferrari.