Connect with:




Tahukah anda, penyelenggaraan stadium Piala Dunia Qatar 2022 hampir sampai ke kemuncaknya. Namun disebalik pembinaan stadium berkenaan, rata-rata netizen menyifatkan stadium berkenaan mirip ‘sebuah’ alat sulit wanita.

Stadium Al Wakrah bakal menjadi tuan rumah bagi perlawanan pembukaan sehingga ke peringkat suku akhir dan boleh menampung sehingga 40,000 peminat.

Diinspirasikan dari bentuk bot dhow iaitu sebuah kapal Arab yang digunakan untuk mencari mutiara, ia direka khas oleh seorang arkitek British-Iraq, Dame Zaha Hadid pada tahun 2013 sebelum mati secara tiba-tiba akibat serangan jantung pada tahun 2016, pada usia 65 tahun.

Apabila plannya diberitahu secara umum, ramai yang membandingkan bahagian atas stadium yang seiras dengan alat sulit wanita.

Hadid pada ketika itu menegaskan perbandingan itu sangat karut dan memalukan.

“Apa yang mereka katakan? Semua yang mempunyai lubang di dalamnya adalah faraj? Itu tidak masuk akal.”

Untuk pengetahuan, Hadid merupakan arkitek wanita yang disegani ini pernah menerima anugerah paling berprestij di London selepas membina banyak bangunan ikonik di serata dunia seperti London Acquatics Centre dan Port House, Antwerp, Belgium.

Suhu sejuk dalam stadium

Dalam pada itu, Qatar juga tidak terlepas dari kritikan orang ramai yang mengecam kejohanan berlangsung di negara tersebut memandangkan suhu dan cuaca di sana boleh melebihi 40 darjah celcius.

Qatar bagaimanapun terlebih dahulu bijak dalam menyelesaikan isu itu dimana untuk memerangi haba, stadium akan menggunakan teknologi penyejukan air. Hal ini bermakna suhu di dalam stadium kekal kepada 20 darjah celcius.

Malah, tarikh kejohanan Piala Dunia juga bakal dipindahkan ke tarikh musim sejuk yang sesuai bagi mengatasi masalah suhu tinggi di kawasan Teluk.

Minuman keras jadi lebih mahal

Bagi peminat yang ingin ke Piala Dunia, mereka akan berfikir dua kali untuk membeli minium keras di sana. Hal ini kerana, sebagai negara yang majoritinya adalah penduduk Islam, baru-baru ini penganjur mengumumkan bahawa mereka telah memperkenalkan cukai 100 peratus ke atas alkohol.

Cukai yang dianggap sebagai “cukai dosa” ini sejajar dengan usaha penganjur yang melancarkan kempen barangan  ‘merosakkan kesihatan’.

Jika diteliti semula, harga minuman keras di Qatar sememangnya sudah cukup mahal namun kenaikan harga untuk Piala Dunia bakal menyaksikannya kosnya lebih dua kali ganda.

Tetapi, anda tidak perlu pening dengan harga yang dikeluarkan kerana sebagai umat Islam, Tuhan melarang hambanya dari minum minuman keras tidak kira dimana jua kita berada.

Foto: Compelo