Connect with:




WWE adalah satu rancangan yang memaparkan sukan gusti profesional. Atlet-atlet ini dilatih terlebih dahulu sebelum dipilih menandatangani kontrak bersama WWE. Mereka yang terpilih akan ditempatkan di brand NXT sebelum diserapkan ke brand Raw atau SmackDown. Sempena menyambut Hari Saudara Kandung Sedunia, mari kita lihat 5 atlet gusti yang mempunyai saudara kandung di WWE.

 

Jeff Hardy & Matt Hardy (The Hardy Boyz)

Jeff Hardy adik kepada Matt Hardy ini memang sudah tidak asing lagi bagi peminat gusti. Mereka sering melakukan aksi yang berbahaya terutamanya Jeff. Mereka berdua juga telah banyak memenangi gelaran bersama dan secara individu. Mereka juga pernah mempunyai pengurus yang membantu mereka di arena gusti. Adik-beradik mana tidak pernah bergaduh? Begitu juga Jeff dan Matt yang pernah bergaduh dan lawan sesama sendiri. Mereka juga telah masuk Total Nonstop Action Wrestling. Kini mereka bergelar SmackDown Tag Team Championship.

Pencapaian  The Hardy Boyz

TNA World Tag Team Championship (2 kali)

WWE Raw Tag Team Championship (1 kali)

WWE SmackDown Tag Team Championship (1 kali)

WWF/World Tag Team Championship (6 kali)

Intercontinental Championship – Jeff (4 kali)

 

Jimmy Uso & Jey Uso (The Usos)

Pasangan kembar ini memulakan karier mereka bersama WWE pada tahun 2010. Berdarah Samoan, mereka mempunyai saudara seperti Roman Reigns, Umaga dan Yokozuna. Ayah mereka juga adalah seorang ahli gusti iaitu Rikishi. Yang menariknya tentang mereka ini adalah mereka tidak pernah berpisah dari debut sehingga sekarang. Mereka baru sahaja kehilangan gelaran SmackDown Tag Team Championship yang mereka pertahankan di Wrestlemania 35 kepada The Hardy Boyz.

Pencapaian The Usos

WWE Tag Team Championship (2 kali)

WWE SmackDown Tag Team Championship (5 kali)

 

Nikki Bella & Brie Bella (The Bella Twins)

Nikki dan Brie Bella adalah pasangan kembar seiras yang sukar untuk dibezakan. Mereka pernah bertukar tempat dalam pertarungan yang tidak disedari oleh pengadil. Semasa zaman mereka, belum ada gelaran tag team untuk wanita, oleh itu mereka hanya mengejar gelaran Divas Championship yang kini sudah menjadi Raw dan SmackDown Women Championship yang dipegang oleh Becky Lynch. Pada Mac 2019, kedua-dua mereka mengumumkan bersara dari arena gusti.

Pencapaian The Bella Twins

WWE Divas Championship – Nikki (2 kali) Brie (1 kali)

 

Shane McMahon & Stephanie McMahon

Kedua-dua anak Vince McMahon ini sudah tidak asing di WWE selepas di lantik menjadi pengurus besar di Raw dan SmackDown. Shane kini kembali aktif di gelanggang selepas memenangi World Cup Tournament selepas menggantikan The Miz yang mengalami kecederaan pada perlawanan akhir. Namun, adiknya Stephanie hanya muncul di gelanggang jika ada pengumuman penting sahaja. Mereka berdua dilihat tidak sekepala dan sukar untuk digandingkan bersama.

Pencapaian Shane & Stephanie McMahon

WWE SmackDown Tag Team Championship (1 kali Shane bersama The Miz)

WWE World Cup 2018 (Shane)

WWF Women’s Championship (Stephanie)

 

Bray Wyatt & Bo Dallas

Mesti sesetengah orang tidak percaya bahawa mereka ini adalah saudara kandung kerana mereka tidak pernah bergandingan malah pernah berlawan sesama sendiri. Bray Wyatt lebih memainkan peranan sebagai ketua di dalam The Wyatt Family yang dianggotai oleh Luke Harper, Erick Rowan dan Braun Strowman. Namun sekarang mereka sudah berpecah dan membawa haluan masing-masing. Bo Dallas pula lebih memainkan peranan sebagai penggusti yang lebih ceria dan tidak terlalu serius. Bo kini bergandingan dengan Curtis Axel sebagai B-Team. Bray pula menghilangkan diri dan mungkin kembali semasa Shake Up.

Pencapaian Bray Wyatt & Bo Dallas

WWE Championship – Bray (1 kali)

WWE Raw Tag Team Championship – (1 kali Bray bersama Matt Hardy) (1 kali Bo Dallas bersama Curtis Axel)

WWE SmackDown Tag Team Championship – (1 kali bersama Randy Orton)

NXT Championship – Bo Dallas (1 kali)

 

Foto : Sportskeeda