Connect with:




Pemain buangan, Samir Nasri digantung daripada sukan bola sepak bagi memberi laluan kepada siasatan terhadap dirinya yang didakwa mengambil rawatan hidrasi intervena di sebuah klinik di Los Angeles.

Peguam pemain itu memberitahu Press Association bahawa Nasri digantung selama enam bulan oleh UEFA.

Bekas pemain Arsenal dan Manchester City itu didakwa mengambil 500 mililiter (ml) air steril yang mengandungi nutrien mikro pada 26 disember 2016.

Waktu itu beliau adalah pemain pinjaman kepada Sevilla dan Nasri dilaporkan berasa kurang sihat selain muntah sebelum mendapatkan rawatan daripada bekas teman wanitanya, Dr. Sarabjit Anad.

Kemudian Nasri menerima rawatan daripada syarikat perubatan swasta di bilik hotelnya dan memuat naik gambar bersama pengasas syarikat itu, Jamila Sozahdah yang menjadi tumpuan orang ramai.

Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) menteapkan hanya 50ml air campuran seperti itu dibenarkn dalam tempoh enam jam bagi atlet yang masih aktif.

Sevilla kemudian mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pengecualian rawatan buat Nasri tetapi UEFA menolak permohonan itu sebelum di bawa ke perhatian Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

“Benar (Nasri digantung) tetapi hanya untuk enam bulan sahaja,” kata peguam yang enggan namanya didedahkan.

Nasri kini merupakan pemain bebas selepas meninggalkan kelab Turki, Antalyaspor, Januari lalu selepas hanya enam bulan beraksi. – AGENSI

Foto Kredit : dailystar(dot)co(dot)uk