Connect with:




Nasib pasukan Selangor untuk beraksi di Stadium Shah Alam akan diketahui awal bulan depan.

Menurut Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memberitahu, dia sangat mengambil kira impian penyokong bola sepak Selangor yang inginkan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi The Red Giants.

Dia turut tidak menyangkal kemungkinan Selangor dan PKNS FC bakal berkongsi Stadium Shah Alam sebagai gelanggang tuan rumah dalam saingan Liga Super, namun ia tertakluk kepada keadaan dan kualiti padang.

Difahamkan, perkara itu bakal menjadi kenyataan selepas beberapa pertemuan diadakan dengan bakal Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan wakil baginda, lapor Bernama.

“Kita boleh umumkan (keputusan) nanti pada awal Julai. Beberapa perkara berkenaan FAS, kerajaan negeri dan bola sepak akan diberitahu ┬ákerana ketika ini saya sedang menunggu beberapa perkembangan.

“Saya sangat optimis awal Julai (pengumuman untuk bermain di Stadium Shah Alam) jika tiada perkara sangat besar berlaku,” katanya.