ANAHEIM (Reuters) – Atlet transgender New Zealand dalam sukan angkat berat menyasarkan emas dalam menentang atlet Amerika yang juga pemenang pingat Olimpik pada Kejohanan Angkat Berat Dunia esok.

Laurel Hubbard, 39, atau lebih dikenali sebagai Gavin Hubbard, mempunyai rekod sempurna tanpa kalah sejak kembali ke pertandingan selepas menukar jantinanya empat tahun lalu.

Sejak debut Hubbard dalam sukan angkat berat, dia telah memenangi tiga kejohanan di Australia dan kin bakal mewakili New Zealand bagi sukan Olimpik di Goald Coast, Australia pada April tahun hadapan.

Pembabitan Hubbard dalam sukan ini telah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Foto kredit: Twitter ( @FloElite)

Berikut merupakan peraturan bagi atlet transgender dalam sukan angkat berat :

  • Atlet transgender samada lelaki atau perempuan perlu menunjukkan kadar testosteronnya adalah dibawah 10 nanomol seliter. (Awal pembabitan sehingga bersara dari sesuatu sukan )
  • Titik rendah paras normal kadar testosteron untuk lelaki ialah 9.16 nanomol seliter, menurut penyelidikan yang diterbitkan oleh Persatuan Endokrin tahun ini.

IOC mungkin mengkaji semula peraturan apabila Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan (CAS) dalam mencari bukti baru bagi atlet transgender yang mungkin memiliki kadar testosteron yang tinggi.

Namun terdapat beberapa pihak yang kecewa dengan pembabitan Hubbard dalam sukan angkat berat ini. Antaranya:

  • Jurulatih Robles, Tim Sword menyatakan bahawa pembabitan Hubbard sedikit sebanyak menjatuhkan semangat atlet angkat berat wanita lain dan ini memang tidak adil.
  • Tracey Lambrechs merupakan atlet angkat berat wanita yang sepatutnya mewakili New Zealand pada sukan Komanwel namun kehadiran Hubbard dalam saingan telah menyebabkannya tersingkir daripada menjadi atlet kebangsaan. Bagi saya ianya tidak adil disebabkan faktor sejarah Hubbard yang dulunya seorang lelaki dan sah Hubbard memiliki kekuatan lelaki dan bukan wanita.

Sukan diibaratkan sebagai hidup bagi seseorang , malah ada yang menjadikan sukan sebagai mata pencarian hidup bagi mengubah taraf hidup keluarga.  Tidak adillah jika seseorang lelaki menjadi seorang wanita dan bertanding pula dalam kejohann wanita.  Hal ini sedikit sebanyak mampu mencetuskan kontroversi dan mencemarkan nama sukan di persada antarabangsa.