Connect with:




Pengurus kelab Manchester United, Jose Mourinho memberi petanda bahawa Manchester United menghadapi “musim sukar” sekiranya gagal menambah skuad mereka sebelum tarikh akhir perpindahan pada Khamis.

Mourinho memberitahu MUTV bahawa United berisiko bakal berada di belakang kelab utama Liga Perdana Inggeris tanpa banyak pelaburan dalam mendapatkan pemain.

United telah menandatangani hanya tiga pemain sahaja musim panas ini – pemain tengah Brazil, Fred, pemain pertahanan Portugis, Diogo Dalot dan penjaga gol simpanan, Lee Grant.

Dalam pada itu, mereka telah dikaitkan dengan beberapa pemain lain disamping ingin mendapatkan pemain pertahanan Leicester Harry Maguire yang menjadi sasaran utama mereka.

“CEO saya tahu apa yang saya mahu kan dalam jangka masa yang panjang,” kata Mourinho.

“Dia tahu apa yang saya mahukan, saya tahu bahawa dia cuba melakukan yang terbaik untuk saya dan saya masih mempunyai beberapa hari untuk menunggu kemungkinanyang akan berlaku.

“Kelab lain yang bersaing dengan kami sangat kuat dan mempunyai skuad yang hebat, seperti Chelsea, Tottenham atau Manchester City. Mereka melabur secara besar-besaran seperti Liverpool, dengan membeli segala-galanya.

“Dan jika kami tidak dapat menghasilkan pasukan yang lebih baik, ia semestinya akan menjadi musim yang sukar bagi kami.”

United membuka kempen Liga Perdana mereka pada Jumaat ini apabila mereka dijadualkan bertembung dengan Leicester City di Old Trafford.

Foto Kredit: CaughtOffside