Juara Liga Slovenia, NK Maribor tidak pernah bernasib baik di pentas elit Eropah dan kekalahan 3-0 kepada Liverpool awal pagi tadi telah membuktikan bahawa ia merupakan musim yang mengecewakan dalam kempen Liga Juara-Juara.
Kekalahan bermakna The Purples berada di tangga terbawah Kumpulan E dengan hanya mengumpul satu mata daripada empat perlawanan.
Dua minggu lalu, Liverpool telah belasah Maribor 7-0 dalam perlawanan pertama Kumpulan E, kekalahan terbesar Maribor di laman sendiri.
REKOD MARIBOR DI PENTAS ELIT EROPAH
- 2016/17 – Pusingan playoff Liga Europa
- 2015/16 – Pusingan kelayakan kedua Liga Juara-Juara
- 2014/15 – Peringkat Kumpulan
- 2013/14 – Pusingan 32 Liga Europa (setelah tersingkir dari playoff Liga Juara-Juara)
- 2012/13 – Peringkat Kumpulan Liga Europa (setelah tersingkir dari playoff Liga Juara-Juara)
- 2011/12 – Peringkat Kumpulan Liga Europa (setelah tersingkir dari pusingan kelayakan ketiga Liga Juara-Juara)
- 2010/11 – Pusingan playoff Liga Europa
- 2009/10 – Pusingan playoff Liga Europa (setelah tersingkir dari pusingan kelayakan ketiga Liga Juara-Juara)
- 2008/09 – Tidak mengambil bahagian dalam pertandingan kelab UEFA
Foto Kredit: Twitter (Liverpool FC)