Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mungkin mengumumkan nasib dua pemain badminton negara yang dikaitkan dengan kes atur perlawanan dalam masa dua minggu berdasarkan trend(cara) membuat keputusan pada kes-kes yang lepas.

Bekas pemain antarabangsa, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang, yang diwakili peguam mereka, menghadiri pendengaran selama dua hari di Singapura pada hari Isnin dan Selasa di hadapan panel tiga anggota BWF.

Trend lalu menunjukkan bahawa badan dunia tidak mengambil masa terlalu lama sebelum membuat keputusan.

Dalam kes isu doping Lee Chong Wei, BWF mengambil masa 16 hari sebelum membuat keputusan rasmi selepas pendengaran di Amsterdam, Holland, pada 11 April 2015. Dia dilarang selama 8 bulan.

Pendengaran untuk kes-kes lain lebih pendek.

Untuk kes doping Korea Selatan Lee Yong-dae dan Kim Ki-jung, hanya mengambil masa 10 hari. Pendengaran mereka pada 13 Jan 2014 dan panel membuat keputusan pada 23 Jan untuk megharamakan mereka dari perlawanan badminton selama satu tahun.

Di China, kes doping Yu Xiaohan, pendengaran kes adalah pada 30 Jan 2016 dan keputusan diumumkan pada 11 Feb 2016 – dalam masa 11 hari.

Sehubungan itu, bekas juara dunia, pendengaran Ratchanok Intanon mengenai masalah doping pada 16 Julai 2016. Naumn, sehari kemudian panel mendapati bahawa dia tidak melanggar peraturan anti-doping dan membebaskannya.

Sumber berkata, proses isu penetapan perlawanan mungkin berbeza kerana ia merupakan kes pertama yang dikendalikan oleh badan dunia.

Ia boleh menjadi dua minggu atau panel boleh mengarahkan badan dunia untuk mengumpulkan lebih banyak maklumat sebelum membuat keputusan – sebagai bukti kukuh untuk menghukum seorang pemain dalam penetapan perlawanan.

Sementara itu, Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Michelle Chai berkata badan kebangsaan akan menghantar surat rasmi kepada BWF  bagi mendapatkan penjelasan mengenai proses pendengaran itu – sehari selepas pemerhati mereka, Jadadish Chandra dihalang untuk ke hari kedua pendengaran.

Surat itu akan ditujukan kepada Setiausaha BWF, Thomas Lund.

“Kami menghantar e-mel untuk membantah keputusan itu pada hari Selasa kepada Stuart Borrie (ketua pegawai eksekutif BWF) tetapi dia menjawab bahawa ketua panel tidak memberikan persetujuan,” kata Michelle.

“Dia memberitahu kami bahawa salah seorang peguam tidak mahu pemerhati kami hadir. Kami akan menghantar surat rasmi untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik mengenai proses pendengaran.

“Bagaimanapun, BWF menjelaskan kepada kami bahawa keputusan untuk menghalang pemerhati kami bukan keputusan mereka tetapi panel bebas yang mempunyai hak untuk berbuat demikian.”