Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Perokngsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malysia (FMLLP) bakal menentukan nasib 10 pasukan yang gagal melengkapkan pendaftaraan Liga Malaysia (Liga M) di Johor  Bahru, hari ini.

Mesyuarat yang bakal dipengerusikan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu akan menyaksikan bentuk hukuman macam mana yang akan dikenakan pada pasukan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam, beliau memberitahu bentuk hukuman diberikan sama ada dipotong mata atau tindakan yang lebih ringan akan ditentukan.

“Keputusan akan diputuskan pada mesyuarat Isnin ini. Kami akan bawakan kes ini dalam pebincangan di mesyuarat nanti,” katanya.

Terdahulu, empat pasukan dari Liga Super iaitu Selangor dan PKNS FC menghantar dokumen melepasi tarikh yang ditetapkan manakala Kelantan dan Kuala Lumpur tidak menghantar atau menghantar dokumen yang tidak betul.

Sementara itu, di Liga Perdana pula Sarawak, Pulau Pingang, Kuantan FA dan PDRM mengisi dokumen pendaftaran dengan tidak lengkap.

Selain itu, dua pasukan menghantar dokumen melepasi tarikh akhir yang diberikan termasuk MIFA dan UKM FC. Dokumen tersebut dihantar pada 15 dan 19 Februari lepas.

Susulan itu, tarikh akhir yang sebenar sepatutnya dihantarpada 3 Februari yang sudah dilanjutkan sebanyak dua kali bagi memberi ruang dan peluang kepada pasukan untuk melengkapkan dokumen yang diperlukan.

Untuk msusim lalu, dua pasukan dari Liga Perdana iaitu, ATM dan Perlis serta dua pasukan Liga Super iaitu, Kelantan dan T-Team dipotong enam mata kerana melakukan kesalahan yang sama.

Foto Kreidt: footballkelantan.blogspot