S.S.C. Napoli melonjak kembali ke tangga teratas Serie A selepas kemenangan 1-0 ke atas Udinese, mengekalkan rekod tanpa kalah mereka pada musim ini.

Kemenangan itu adalah yang ke-12 dalam 14 perlawanan dengan 38 mata, hanya dua mata berbeza dengan saingan terdekat, Inter Milan yang juga belum tewas pada musim ini.

Mampukah Napoli dan Inter Milan mengekalkan prestasi mereka yang cemerlang sepanjang musim dan melakar nama mereka dalam sejarah bola sepak sebagai pasukan elit.

Di bawah merupakan pasukan yang memperoleh gelaran ‘The Invicibles’, yang diberi kepada pasukan yang mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang musim.

 

PASUKAN YANG MENGEKALKAN REKOD TANPA KALAH SEPANJANG MUSIM:

Foto Kredit: Goal

ARSENAL

Di bawah bimbingan Arsene Wenger dan tonggak utama seperti Thierry Henry dan Patrick Viera di kalangan mereka, The Gunners julang piala Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 2003/04. Merupakan satu-satunya pasukan di England untuk mencatat rekod tanpa kalah sepanjang musim.

 

Foto Kredit: Quora

AC MILAN

Di bawah bimbingan Fabio Capello, Milan tidak tewas sepanjang 34 perlawanan dalam Serie A sambil meraih gelaran juara pada musim 1991/92. Antara 1991 dan 1993, The Rossoneri mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 58 saingan liga.

 

Foto Kredit: NaijaGist

JUVENTUS

Sepanjang musim 2011/12, Juventus menjuarai Serie A tanpa tewas di bawah bimbingan Antonio Conte dan mengekalkan rekod tanpa kalah untuk 49 perlawanan antara 2011 dan 2013.

 

Foto Kredit: Zimbio

FC PORTO

Pada musim 2010/11, anak buah Andre Villas Boas muncul juara Liga Primeira dengan 27 kemenangan daripada 30 perlawanan. The Dragons juga memenangi Piala Portugis dan Liga Eropah pada musim yang sama.

 

Foto Kredit: Video Celts

CELTIC

Celtic melengkapkan musim 2016-17 tanpa tewas dalam 47 perlawanan, memenangi Liga Perdana Scotland, Piala Scotland dan Piala Liga Scotland di bawah bimbingan Brendan Rodgers.

 

 

Foto Kredit: Twitter (Official SSC Napoli)