Connect with:




Juara Tenis Terbuka Amerika Syarikat dari Jepun, Naomi Osaka dilaporkan bakal menandatangani perjanjian dengan Adidas untuk menjadikan beliau atlet wanita termahal menerima penajaan dari jenama itu.

Osaka baru-baru ini menewaskan bintang tenis Amerika Syarikat iaitu Serena Williams untuk Kejuaraan Grand Slam pertamanya di Arthur Ashe Stadium, New York dan menerima hadiah wang check benilai 3.8 juta USD (lebih RM 15 juta ringgit). Dalam perlawanan akhir Osaka-Serena itu, tumpuan seluruh dunia teralih seketika akibat daripada 3 penalti yang dikenakan terhadap Williams yang juga merupakan pemenang 39 Grand Slam itu.

Atlet keturunan Haiti-Jepun yang berusia 20 tahun itu bakal memperoleh kontrak baharunya yang dianggarkan bernilai 8.5 juta USD (RM35 juta setahun).

Untuk rekod, sebelum ini atlet wanita termahal menerima penajaan jenama sukan ialah Serena Williams (Nike) di tempat pertama dan Caroline Wozniaki (Adidas) di tempat kedua.