Connect with:




Bekas pemain Manchester United yang juga pemain sayap Portugal, Nani telah mengubah angin selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab Liga Bola Sepak Utama (MSL), Orlando City.

Nani yang pernah memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak empat kali dan juara Liga Juara-Juara pada 2008 ketika bersama Manchester United menyertai kelab yang berpangkalan di Florida itu secara percuma dari Sporting Lisbon.

Menurut Timbalan Presiden Eksekutif Orlando City, Luiz Muzzi menyifatkan kehadiran Nani akan membuat kelab dan peminat teruja kerana bekas pemain Manchester United mempunyai banyak pengalaman yang akan dikongsi bersama rakan sepasukan.

“Dia seorang pemain sayap yang luar biasa dan memiliki kualiti membuat hantaran serta memberi impak yang besar kepada permainan”, katanya memetik laporan Orlando Weekly.

Pemain berusia 32 tahun itu telah menjaringkan sembilan gol dalam 58 penampilan bersama Sporting Lisbon dan berjaya meledak 41 gol daripada 230 penampilan bersama Manchester United dalam semua kejohanan.

Foto : Orlando City Soccer Club