Connect with:




Ingin menjadi bintang UFC seperti Khabib Nurmagamedov, Amanda Nunes, Connor McGregor atau Jorge Masvidal?

Anda kini boleh menggapai impian tersebut menerusi program biasiswa latihan UFC yang dibawakan oleh Air Asia. Ini merupakan tahun kedua program tersebut dijalankan dimana mereka akan mencari bakat terbaik MMA dari sekitar Asia Pasifik untuk menjalani latihan di UFC Performance Institute yang terletak di Shanghai, China.

Dijalankan selama empat minggu, program tersebut akan dikendalikan bekas juara lighweight dunia UFC, Forest Griffin.

“UFC Performance Institute merupakan fasiliyi bertaraf dunia terbaik untuk pembangunan MMA di rantau ini dimana kami menerapkan pendekatan sains sukan dan innovasi dalam sesi latihan” kata Naib Presiden Senior UFC Asia Pasifik, Kevin Chang.

“Kami berbamgga untuk bekerjasama dengan AirAsia dan yakin dapat meningkatkan jumlah bakat yang ada di rantau ini” tambahnya lagi.

Tahun lalu, penerima biasiswa ini ialah Linda Darow dari Indonesia. Linda dihantar menjalani latihan di UFC Performance Institute di Las Vegas.

Bagi mereka yang berminat untuk memohon biasiswa latihan ini, permohonan telah dibuka di laman www.airasia.com/ufcscholarship.