Connect with:




Pemain nombor dua dunia, Rafael Nadal terpaksa melupakan hasratnya untuk bertanding di Terbuka Mexico selepas kecederaan di bahagian kaki.

Nadal mengesahkan untuk menarik diri akibat kecederaan berulang di kawasan yang sama di mana beliau menghadapi masalah di Australia.

“Saya telah melakukan semua langkah yang betul untuk bersiap sedia untuk kejohanan, yang matlamat saya dan impian saya namun saya rasa kaki saay sakit semula,” kata Nadal.

Sehubungan itu, keputusan untuk menarik diri menjadi suatu tamparan hebat buat Nadal. Beliau berharap dapat menutup jurang kedudukan kepada Roger Federer yang baru-baru ini mengalahkannya untuk menjadi pemain nombor satu dunia.

Dalam pada itu, beliau kini tidak dapat menyertai lima kejohanan berturut-turut di Paris, London, Brisbane, Melbourne dan sekarang Acapulco.

“Doktor telah memberitahu saya bahawa mustahil untuk bermain, tidak kira sama ada sakit atau tidak. Terdapat risiko yang besar untuk meningkatkan kecederaan dan saya tidak mempunyai pilihan.

“Saya sudah bersedia bermain dan saya mempunyai harapan untuk melakukan sesuatu yang penting di sini.” Kata Nadal – AFP

Foto Kredit: New York Times