Connect with:




Jaguh dunia tenis, Rafael Nadal melengkapkan kemenangannya yang ke-11 selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam kejuaraan Terbuka Barcelona awal pagi.
Nadal, 31 terpaksa mengambil masa selama 77 minit untuk menumpaskan pemain Yunani, Stefanos Tsitsipas, 6-2, 6-1 sekaligus merekodkan kemenangannya yang ke-401 di gelanggang tanah liat.

Apa yang lebih membanggakan, secara keseluruhannya, ini adalah kemenangan yang ke-77 secara keseluruhan dalam kerjayanya.

Sementara itu, penyokong Nadal menunjukkan kompilasi kejayaan idola mereka dalam acara tersebut

“Ia adalah emosi. Saya tidak pernah bermimpi untuk mempunyai kerjaya seperti ini. Ia benar-benar istimewa untuk bermain di sini,” kata Nadal.

“Saya sangat menghargai sokongan dan berharap akan mendapat lebih banyak kemangan pada masa kaan datang.”

Pemain berusia 31 tahun dari Sepanyol itu memenangi gelaran ke-11 Masters Monte Carlo, minggu lalu manakala kemenangan hari ini mengukuhkan lagi statusnya sebagai pilihan bagi menjuarai Terbuka Perancis buat kali ke-11, Jun depan.

Dalam pada itu, beliau berada dalam kedudukan keempat terbaiknya sepanjang zaman dengan pemain Argentina, Guillermo Vilas mendahului dengan 659 manakala pemain Sepanyol, Manuel Orantes menang 502 dan pemain Austria, Thomas Muster 422.

Foto Kredit: Eurosport