Connect with:




Jaguh tenis dunia, Rafael Nadal mengekalkan ranking sebagai pemain nombor satu dunia selepas menumpaskan Kei Nishikori di final sekaligus memenangi gelaran Monte Carlo Masters, semalam.

Dalam pada itu, dia yang merakamkan rekod peribadi memegang gelaran tersebut buat kali ke-11 itu muncul selaku pemain lelaki pertama memenangi pertandingan sama sebayak 11 kali dalam era Terbuka.

Nadal, 31, menewaskan Nikishori 6-3, 6-2 sekaligus menjadikan kemenangannya itu merupakan gelaran Jelajah ATP ke-76 baginya.

Rekod yang dilakarnya itu menjarakkan lagi catatan peribadi terbaik dengan Novak Djokovic.

Sejak lima bulan terakhir ini, kami menghadapi tempoh yang sukar,” kata Nadal yang beraksi di acara ATP pertamanya sejak menarik diri dari suku akhir Terbuka Australia ketika menentang Marin Cilic gara-gara kecederaan pinggul.

Justeru, sekiranyan Nadal ingin terus menduduki takhta rangking dunia, dia perlu memenangi Monte Calor Maters dan dia melakukannya dengan baik apabila tidak tewas lebih daripada lima perlawanan dalam kejohanan ini.

β€œIa tidak berlaku setiap hari. Saya sedang menikmati menikmati aksi Masters ke-1,000. Namun, mulai esok saya akan mula memikirkan kejohanan lain pula.”

Dia akan beraksi di Terbuka Barcelona minggu depan dan bintang Sepanyol itu bakal merebut peluang untuk merangkul gelaran Terbuka Perancis buat kali ke1-10 di Roland Garros hujung musim ini.

Foto Kredit: Sportsnet