Kejuaraan Terbuka Perancis merupakan kemenangan yang ke-10 buat Rafael Nadal selepas menewaskan Stanislas Wawrinka dalam aksi berat sebelah yang memberikan pemain Sepanyol itu Grand Slam yang ke-15.

Tahun ini, Nadal telah muncul sebagai lelaki pertama dalam sejarah yang menjuarai kejohanan yang sama sebanyak 10 kali. Nadal menang menentang Stanislas Wawrinka dengan mata 6-2, 6-3, dan 6-1.

“Ia sesuatu yang menakjubkan. Memenagi La Decima amat istemewa untuk saya,” kata Nadal.

Nadal hanya memiliki kurang daripada tiga Grand Slam berbanding dengan lawan utamanya Roger Federer, setahun selepas beliau meninggalkan Roland Garros akibat kecedaran pergelangan tangan.

“Saya sungguh emosional dan perasaan saya sukan untuk digambarkan sekarang.

“Ia amat sukar untuk membandingkan kejohanan lain tetapi debaran dan adrenalin dalam diri saya tidak sama seperti di tempat lain.” ujar beliau.

Sumber: AFP