Connect with:




Kejohanan Tenis Terbuka Madrid 2019 kini telah sampai ke peringkat suku akhir. Lapan pemain akan berentap untuk merebut empat slot ke separuh akhir. Saingan suku akhir akan bermula pada 10 Mei, jam 6 petang, waktu Malaysia (hari ini).

Kini tumpuan terarah kepada empat pemain terbaik dunia yang mempunyai peluang untuk layak ke separuh akhir dan seterusnya merangkul kejuaraan Terbuka Madrid tahun ini. Mereka adalah Rafael Nadal, Roger Federer, Novak Djokovic dan Alexander Zverev.

Mereka menjadi pilihan utama untuk layak kerana mereka tidak bertembung sesama sendiri. Nadal akan bertemu Stan Wawrinka, Federer akan menentang Dominic Thiem, Djokovic akan menghadapi Marin Cilik manakala Zverev akan berjumpa Stefanos Tsitsipas.

Mari kita lihat kenapa empat pemain ini menjadi pilihan utama untuk merangkul kejuaraan Terbuka Madrid 2019 :

 

Rafael Nadal

Umur : 33 tahun

Asal : Manacor, Sepanyol

Ranking Dunia : 2

Pencapaian Terbaik Terbuka Madrid : 5 kali juara (2005, 2010, 2013, 2014, 2017)

 

Roger Federer

Umur : 38 tahun

Asal : Basel, Switzerland

Ranking Dunia : 3

Pencapaian Terbaik Terbuka Madrid : 3 kali juara (2006, 2009, 2012)

 

Novak Djokovic

Umur : 32 tahun

Asal : Belgrade, Serbia

Ranking Dunia : 1

Pencapaian Terbaik Terbuka Madrid : 2 kali juara (2011,2016)

 

Alexander Zverev

Umur : 22 tahun

Asal : Hamburg, Jerman

Ranking Dunia : 4

Pencapaian Terbaik Terbuka Madrid : Juara (2018)

 

Foto : ATP