Connect with:




Pemain tenis nombor dua dunia, Rafael Nadal membuka satu akademi baru di Mexico di resort Caribbean di Cancun.

Akademi yang diberi nama Costa Mujeres adalah lanjutan dari akademi asal Nadal di Mallorca di Sepanyol.

Akademi tenis ini mempunyai lapan gelanggang tanah liat, gymnasium, pakaian sukan serta peralatan sukan.

Walaupun pada mulanya kawasan itu adalah tempat tarikan pelancong, tetapi Nadal berkata ia juga salah satu tujuan untuk jangka masa panjang kepada pembangunan tenis di Mexico kepada media.

Pemain yang paling berjaya di Mexico ialah Rafael Osuna, bekas pemain nombor satu dunia yang memenangi gelaran Terbuka AS pada tahun 1963.

Nadal, 32, akan mengambil bahagian dalam Terbuka Mexico di Acapulco minggu depan.

FOTO : Skysport.com